Facial Mud Mask (with aloe vera extract) – 190g
This unique Mud Mask helps to control wrinkles caused by age and fatigue. Its deep penetrating, exfoliating action removes excess sebum from the pores, leaving the skin smooth and refreshed.
Tawaran Hebat!
Harga Asal : RM 70.
Pre-order sehingga 30 May 2012 : RM 60.
Anda jimat RM10.
Durian runtuh : Order 10 unit (boleh campur dengan produk di sini) dan anda akan dapat diskaun lagi. Hebat Hebat Hebat ;). Kos pos tetap rm6. :)
Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada
eh eh.
hai kawan kawan.
Assalamualaikum wbt.
Hari ni saya rasa macam nak cerita sesuatu. Mungkin boleh juga jadi tips buat kawan-kawan semua. Tapi, kalau anda bukan seorang yang suka melihat tulisan, bolehlah berhenti setakat ini. T_T
Macam ni.. Pada Zaman Dahulu Air Mata
"Tsk Tsk nangis berhingus"
Ya. Saya suka menangis. Atau dengan kata yang lebih sopan, saya mudah sangat menangis. Kadang-kadang menjadi kesukaran ye kawan-kawan, bagaimana pula mahu maintain macho di khalayak ramai.
Jujurnya, entah kenapa saya senang sangat menangis. eh seperti ayat di perenggan atas. Maafkan saya. Jadi, ketika saya di tingkatan 4, Allah izin saya ke MRSM Muar (hai warga mrsm muar!). Periksa, student life.. siapa yang tak tahu, semuanya membebankan. Apatah lagi di MRSM, anda perlu bersaing dengan sengit, suasana asrama pula, kalau tak pandai give and take memang boleh jadi gaduh.
Nak dijadikan cerita, masa periksa besar, kawan-kawan dapat banyak A, 9A, 10A, dan saya yang pada waktu itu berasa amat rendah diri kerana mendapat 7A.
Saya menangis. Bukan sebab saya nak menangis, tapi sebab fitrahnya hati saya mudah menangis.
Kawan-kawan saya yang ohsem dan baik-baik belaka datang merapati saya.... dan apa mereka cakap? adakah mereka cakap :
"janganlah nangis, oklah tu resultnya.."
"La... dahlah, life has to go on.."
Tidak tidak. Wrong answer.
Mereka datang rapati saya, kesat air mata saya, pegang bahu saya dan berkata :
"MAS, LAGI SETITIK AIR MATA KAU JATUH, AKU LEMPANG KAU."
Pang! rasa seperti halilintar menyambar bumi Walaupun mereka tidaklah melempang saya, tetapi ayat itu membuatkan saya tersedar.
Eh kenapa lemah sangat aku ni.
Eh aku ni tak pandai bersyukurlah.
Eh ada orang yang keputusan lagi teruk tapi masih tersenyum dan bersyukur.
Dan ayat itu buat saya tersenyum... Mereka juga tersenyum, walaupun saya lihat ada takungan air di mata mereka juga mungkin sebab terpengaruh dengan saya yang menangis.
Saya Hari Ini
Jadi, jika anda bertanya pada saya, : Adakah sekarang saya dah jadi kuat dan tak mudah menangis?
Jawapannnya tentulah TIDAK!
Sabar jangan baling tepung dulu.
Ya. Saya belum lagi menjadi kuat, hati saya fitrahnya masih begitu... tapi saya sudah menjadi kuat,sekurang-kurangnya lebih kuat daripada dahulu.
Bila dilanda musibah atau kesusahan tentu sahaja saya menangis. Tapi setakat itu sahaja, kemudian teruskan langkahan dan tidak menoleh ke belakang lagi.
Jadi jika anda tanya saya, apakah kita tidak boleh menangis?
Boleh. Untuk apa Allah ciptakan air mata? Bukan hanya bahagia yang wujud di dunia.
Jadi sahabat-sahabatku yang diredhai Allah... Andai ditimpa kesusahan, ditimpa musibah... Menangislah sepuas hati agar ringan sedikit bebanan yang ditanggung. Tapi jangan jadikan tangisan itu sebagai satu kelemahan. Jangan jadikan tangisan itu sebagai penghenti langkahan kaki anda. Jangan jadikan tangisan itu sebagai penyebab kejatuhan anda.
Jika dahulu saya asyik dengan menangis, di mana saya sekarang?
Jika dahulu saya asyik mengenang kesedihan, adakah sekarang saya mampu menaip ini?
Tangisan tidak mampu menyelesaikan masalah, ia hanya membantu meringankan beban di dada.
Jadi, habis sahaja menangis, buat perancangan untuk terus berlari di medan ini. Di hadapan sana..masih banyak peluang yang menanti. Allah tutup satu pintu buat kita, tapi Allah buka 10 lagi pintu yang lain... Cuma kita yang terlalu lama memandang pintu yang tertutup itu..
Ya, medan ini, dunia ini tidak pernah mudah... Tapi kita sentiasa ada Allah yang menjaga.
Jadi, bila menangis lagi.. tepuk dada, tepuk bahu dan katalah pada diri :
wahai diri,
Allah menguji tanda kasihnya Dia kepada kamu,
Ujian itu tanda ingatannya buat dirimu,
Lalu andai ada air mata yang mengiringi,
Biarkan ia terus berlari,
Dan selepas itu,
Tersenyumlah kembali.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. (Al-Bagarah : 286)
"Ish, boringnya. semua tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh."
"Apa ni mak? Nak keluar dengan kawan pun tak boleh?"
"Ish, janganlah asyik telefon je. Orang tahulah nak balik."
Terkadang, apabila terdengar rungutan-rungutan sebegitu lahir dari mulut para remaja harapan Ummah itu, saya tersenyum.
Laju jari hendak menaip, khusus buat adik-adik belasan tahun yang rasa ingin tahunya sedang memuncak tinggi.
Khusus buatmu adik-adikku yang disayangi kerana Allah.
Dik, jika hari ini dikau merungut panjang, menarik muncung, dalam hati memprotes tindakan ibu bapa yang seperti tidak memahami gelodak jiwa remaja...
Dik, jika hari ini dikau memberontak, terfikir-fikir kenapa ibu bapa tidak melepaskanmu bebas,
Ketahuilah akak juga pernah merasa begitu. Malah mungkin lebih teruk lagi.
Dik, mahu tidak akak khabarkanmu satu perkara? Mahu tidak kamu dengarinya dik?
Adikku sayang...
Ibu mana yang tidak sayangkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari? Bapa mana yang tidak mengasihi anaknya yang dijaga semenjak kecil? Ketika dirimu masih bayi dan dikau jatuh sakit, tahukah dikau dik, ibumu bersengkang mata menjagamu siang malam dan bapamu selalu saja khuatir, bertanya kepada ibu bagaimanakah keadaanmu? perlukah dihantar ke hospital?
Semasa engkau menginjak dewasa, ibu dan bapamu melihat sekeliling. Jenayah merata-rata. Lantas ibumu gusar, bapamu risau. Bimbang jika dirimu disakiti. Bimbang jika dirimu kelak jauh hanyut di bawa arus duniawi, Kerana bukan itu yang ibu dan bapamu harapkan. Mereka mahu dikau membesar dengan elok. Mereka mahu itu.
Adikku yang dirahmati Allah...
Akak juga punya adik yang seusia denganmu... Ketahuilah dik, sewaktu dia keluar, hati akak begitu risau. Pukul berapa dia mahu balik, elokkah rakan-rakannya, ke mana kakinya melangkah... Semuanya berkumpul menjadi satu. Itu baru sahaja rasa risau seorang kakak kepada adiknya... Ibu dan bapa tentulah lebih lagi.
Dik,
Sewaktu akak seusia denganmu, tidak pernah akak keluar berpeleseran bersama rakan-rakan. Ibu dan bapa akak mengawal dengan begitu ketat dan akak juga sepertimu, marah, memberontak dan tertanya-tanya kenapa. Tapi ketahuilah... apabila dikau semakin dewasa dan ibu bapamu yakin dikau mampu menjaga diri, saat itu kebebasan akan diberi sedikit demi sedikit.
Pernahkah dikau melihat seekor anak burung dik?
Mulanya anak burung hanya tinggal di sarang. Ibunya berulang-aling mencari makanan, menyuapkan ke mulut. Ibunya mengajarnya terbang sehari demi sehari dan apabila sayapnya sudah mampu digunakan sebaiknya, saat itulah ibunya melepaskannya bebas, kerana anak burung itu sudah pandai menjaga diri.
Dik, simpanlah sayapmu sebentar, ia belum cukup kuat. Kuatkanlah dengan iman dan taqwa, supaya suatu hari nanti ibu bapamu mampu melepaskanmu dengan senang hati, mengetahui bahawa anaknya ini sudah kuat mampu menempuh arus duniawi yang semakin mencabar di luar sana...
Adikku yang Allah cinta,
Jangan marah-marah lagi. Berfikirlah secara positif. Ketahuilah dik, satu hari kelak..Apabila dikau sibuk menimba ilmu, sibuk menempa kejayaan, sibuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan dikau melihat ummah yang semakin parah, dikau melihat maksiat berleluasa... Dikau akan berkata. "Alhamdulillah. mujurlah dahulu ibu bapaku mengawal ketat pergerakanku!"
Dik, sudahlah dik.. jangan menangis lagi. Lukamu, kecewamu, rasa hatimu akak memahami... Kerana akak juga pernah merasa.
Nak,
Jangan menangis sayang,
Umi sudah buntu mahu memujukmu,
Dan abi tidak ada,
Masih keluar berjuang….
Nak,
Semalam ada sahabatmu yang syahid ditembak,
Ada sahabatmu yang syahid dibakar hidup-hidup,
Dan umi khuatir akan keselamatanmu,
Apa esok engkau masih terus berada di sisiku?
Nak,
Satu saat nanti kakimu pasti melangkah ke sekolah,
Dan gurumu nanti akan mengajar,
A untuk Apple,
B untuk Bear,
Umi khuatir nak,
Mungkin sahaja engkau akan mengerutkan kening lantas bertanya,
Guruku,
Mengapa diajar sesuatu yang saya tidak mampu untuk membayangkan,
Mengapa tidak diajar A untuk army,
Dan B untuk bomb?
Bukankah itu sesuatu yang mudah dikenali?
Nak,
Seharusnya usiamu diisi keceriaan,
Seharusnya umi dan abi membelikanmu permainan,
Dan membawamu bersiar di taman,
Tapi kini,
Yang ada hanya kegusaran,
Dan dikau membesar dalam kehambaran…
Ah anak,
Hari sudah lewat malam,
Dan abi masih tidak pulang-pulang,
Lama benar dia keluar berjuang….
Nak,
Sebentar tadi jiran sebelah berkunjung tiba,
Dikhabarkan abi telah selamat menemui-Nya,
Tidak, umi menangis bukan kerana berasa hiba,
Hanya mengenangkan tanggungjawab yang kian dirasa,
Kini umilah umi,
Umilah abi.
Nak,
Apa mungkin esok umi akan berada di sisi?
Atau dikau kan ditinggalkan sepi?
Andai esok umi tidak lagi berdiri,
Ketahuilah sayang,
Umi cintakanmu setulus hati,
Akan umi tunggumu di satu tempat,
Bergelar Firdausi….
Anak Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
"Risaunyaa tengok keadaan sekarang, besar cabaran anak-anak akan datang." Topik itu kerap menjadi perbualan. kami tidak gatal
Ini lumrah. Naluri keibuan(ahem) dan mungkin kebapaan akan selalu memikirkan berkenaan si anak-anak kecil. Kain putih itu, entah bagaimana mahu dicorakkan?
Tapi, seperti yang kita semua maklum Islam itu lengkap dan menyeluruh. Maka mesti lah ada cara mendidik anak kan kan?
Contohi Saidina Ali
"Ish..sape tu Saidina Ali? Saya tak kenal lah kak, kalau Ali saya kenal lah,anak Pak Mat Tempe."
Fuh fuh. tarik nafas, hembus. tak boleh marah,tak boleh marah.
Ye, begini adik... Saidina Ali adalah suami kepada Saidatina Fatimah. Ha, adik tutup mulut balik akak tahu adik nak tanya pula siapa Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah adalah anak kepada Rasululullah s.a.w, Rasul yang amat kita cintai.
"Tak akak, saya nganga mulut sebab terpegun akak banyak sangat cakap tapi isinya tak masuk lagi."
-.-"
Begini, Saidina Ali berpesan, didiklah anakmu berbeza pada setiap 7 tahun.
n :
7 tahun pertama, didiklah dengan penuh kasih sayang. 7 tahun kedua, berlaku tegaslah dengan mereka. 7 tahun ketiga, jadilah kawan kepada mereka.
Dalam bahasa yang lebih mudah, ketika anak berumur 1-7 tahun, didiklah dengan penuhh kasih sayang. Cakap lembut-lembut dengan mereka, kerana anak-anak ini masih belum boleh berfikir dengan matang dan mereka cenderung mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Jika selalu kena marah,anak ini akan jadi pemarah. Jika selalu kena pukul anak ini akan menjadi seorang kaki pukul.
Pada 8-14 tahun, berlaku tegaslah dengan mereka. Sebab itu Rasulullah berpesan: Didik anakmu bersolat ketika umurnya 7 tahun dan rotan jika tidak mahu solat ketika umurnya 10 tahun. Pada 7 tahun kedua inilah kita perlu mengajar anak-anak apa yang boleh,apa yang tidak boleh. Rotan jika perlu, berlaku tegas dengan mereka... kerana dalam usia sebegini mereka ingin mencuba pelbagai benda baru yang mereka nampak, maka kita harus kata. yang tu tak boleh! jangan buat begitu! Dalam lingkungan usia ini juga, jika anak-anak dimarah/dirotan, kemungkinan mereka untuk memberontak seperti lari dari rumah adalah nipis.
Pada 15-21 tahun, jadilah kawan kepada mereka. Dengar cerita mereka dengan ikhlas, kerana pada usia sebegini mereka amaaaatt perlukan seseorang untuk menjadi teman baik mereka yang sudi mendengar keluh-kesah dan rahsia-rahsia yang mereka simpan. Jika ibu bapa tak mahu menjadi kawan, maka anak akan mencari kawan lain di luar sana...
Kan ibu/Ayah dah kata!
"Kan ibu dah kata, jangan letak gelas atas lantai, kan dah tersepak pecah!"
"Kan ayah dah kata, jangan main tepi parit tu, kotor!"
Elakkan berkata..."Kan ibu/ayah dah kata!" Kerana itu seolah-olah ayat menghukum. Ajar mereka, tak apa lakukan kesilapan asalkan dibetulkan.
Katakan... ha, dah pecah gelas tu, tak apa, bila gelas pecah adik kena ambil kaca-kaca ni, buang, lap air yang dah tumpah tu.. lepas ni jangan letak gelas atas lantai lagi tau.
dan
Ha... ni baju kotor-kotor ni mesti main tepi longkang kan? tak apa, baju yang kotor boleh dicuci, hati yang bersih susah dicari..(Eh macam dialog iklan je)
Biarkan anak-anak meneroka dunia ini, kita pembimbing bukan penghukum. Jika itu tak boleh ini tak boleh apa pun tak boleh, macam mana minda anak-anak mahu berkembang?
Jangan Malu Meminta Maaf
Ada sesetengah ibu bapa yang amat mementingkan 'maruah diri' mereka. Konon ibu bapa tidak boleh minta maaf kepada anak-anak. Itu silap. Perlakuan kita juga hakikatnya adalah satu bentuk tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika ibu bapa ego dan tidak mahu meminta maaf kepada anak-anak, apabila anak-anak buat silap,mereka akan merasa :
Oh, rileklaa buat apa minta maaf. Benda kecik je.
Jika anda salah, maka jangan malu minta maaf. Contohnya anda marah anak anda depan ramaii orang. Pastinya dia malu. Apa salahnya anda berkata :
Ibu minta maaf tadi ibu marah sangat... Ibu belanja aiskrim nak tak?
Hati-hati wahai ibu bapa. Anak anda juga ada hati dan perasaan. mungkin mula-mula makan hati, lepas itu pecah hati, lama-lama berdendam dan bawa diri.. ketika itu, hendak minta maaf pun susah.
Ingatlah pada suatu ketika...
Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda(maksudnya):
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)
You get what you give. what you give,you get back.
Ya, saya masih belum beranak. Yang ada hanyalah anak tekak,anak telinga jua anak rambut. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman menjaga adik-adik saudara, dan juga daripada ceramah-ceramah Agama,pembacaan di sana sini, juga pengajian psikologi di Kolej. Moga yang baik dapat dijadikan tauladan, yang salah harap dimaklumkan^^
"Mutmainnah, apa yang kau menungkan?" Ah, Habibah. Kerap kali dia dapat menangkap kegelisahan di hatiku.
Aku hanya tersenyum. Kelat mungkin, entah aku tidak tahu.
"Aku rindu..."
Habibah kelihatan tersenyum. "Hah, kau rindu siapa pula? Ibu Ayah?" Sikunya hinggap tepat di lenganku.
"Aku benar-benar rindu...."
"Ya lah, kau rindu siapa?" Dia mencebik. Geli hatiku melihat gelagatnya.Lucu.
"Al-Aqsa..."
Sejenak, suasana hening. Tiba-tiba terasa basah kelopak mataku. Lantas jariku mengesatnya. Ah, cepat benar aku tersentuh kebelakangan ini. Sebut sahaja Al-Aqsa,pastinya basah mataku.
Al-Aqsa seolah-olah menyeruku.. Memangilku untuk menziarahinya. Seolah dia berkata 'Hai Mutmainnah, tidakkah kau rindu padaku?Adakah kau suka melihat aku kosong? Israel mahukan itu!'
Dan aku, tidak mampu membalas apa. Sekadar air mata,mungkin?
"Jadi,kau mahu ke sana?"
Aku mengangguk.
"Kau tak takut?" Habibah mengerutkan wajah. Aku mengoyak senyum. "Mahu takut apa?"
"Israel, bom, senapang?"
Aku tergelak,perlahan."Apalah hendak dibandingkan takut beberapa minit tu berbanding rakyat Palestin yang diselubungi ketakutan saban waktu?"
"Bukankah ada ulama' yang mengharamkan orang awam selain rakyat Palestin masuk ke Palestin, atas sebab menyumbang wang kepada Israel?"
"Benar..."
"Jadi, kau mahu sumbang wang pada Israel tu?"
Aku menggeleng. Habibah,habibah... tak sempat aku habis cakap, laju pula dia menembak. "Tapi itu ulama' luar. Ulama' Palestin menyeru orang Islam menziarahi Al-Aqsa kerana Israel mahu masjid itu kosong. Cuma kata mereka, pemimpin negara tidak digalakkan datang kerana datangnya mereka seolah-olah mereka mengiktiraf kerajaan Israel."
Habibah diam.
"Habibah... Kenapa aku rindu benar pada Al-Aqsa, aku rindu pada saudara di sana... Aku tak tahu, tapi aku seolah-olah terhenti daripada melakukan semua kerja kerana di minda aku hanya ada Al-Aqsa. Waraskah aku ini?"
Air mataku bergenang lagi. Ah, mengapa selalu benar ia hadir... Tolong aku ya Allah!
Habibah mendakapku. Erat.
"Semoga Allah memudahkan urusanmu, sahabat."
Dan air mata yang turun tadi, semakin deras... Melalui pipi lantas jatuh ke bawah.
Al-Aqsa, layakkah aku menjejakkan kaki di sana?
***
"Allahu Akbar... Allahu Akbar.."
Laungan azan itu mematikan lamunanku.
Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu laungan azan dari Al-Aqsa.
Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu seruan menuju kejayaan dari bumi Al-Aqsa. Bumi di mana Rasulullah menaiki buraq berjumpa Tuhan.
Habibah... Jika kau dapat dengar itu, itu adalah suara merdu dari Al-Aqsa.. Bumi di mana Umar dan Salahuddin Al-Ayubi pernah membebaskannya suatu ketika dahulu.
Ya, Al-Aqsa ini buktinya bahawa dahulu Islam pernah gemilang,dan aku kini berada di bumi itu..
Air mata itu gugur lagi. Terasa diri ini terlalu kerdil dan hina untuk menjejakkan kaki di bumi suci ini. Aku mengerling jam di tangan. Ada lagi setengah jam sebelum perlu berkumpul semula bersama para rombongan yang lain.
Terdengar iqamat dilaungkan. Pantas aku berdiri, bersama dalam satu saf bersama warga-warga Palestin yang tabah. Aku merasa diri semakin kerdil dan hina... siapalah aku di hadapan Tuhanku,apakah aku layak berada dalam satu saf bersama mereka?
Usai solat, aku melangkah longlai... Terasa amat berat hatiku ingin meninggalkan Al-Aqsa.
Habibah... Jika kau berada di sini, pastinya kau dapat merasa, udara di sini, udara yang penuh semangat. Udara peninggalan sejarah... Habibah, bumi ini.. bumi buktinya kegemilangan Islam. Namun kini, yang ada hanyalah kedukaan.
Bumi ini bumi buktinya indah hidup berTuhan, tapi kini yang tinggal hanyalah kelukaan....
Dan kaki ini melangkah, semakin jauh dari Al-Aqsa. Melihat sekeliling, anak-anak Palestin yang asyik bermain sesama mereka...
Ah Habibah. Mereka tidak takut lagi pada bom, senapang dan Israel, kerana mereka percaya Allah bersama mereka.. dan.. dan Habibah, mereka percaya bahawa semua umat Islam mengingati mereka dan berusaha sama untuk membebaskan Palestin.
Ah Habibah.. tulusnya kepercayaan mereka! Kudusnya jiwa mereka!
Air mataku gugur lagi. Al-Aqsa, bilakah lagi kita dapat bertemu...?
*******
-Cerpen pendek ini dihasilkan pada malam hari, kerana rasa rindu yang amat kepada Al-Aqsa. Doakan saya agar dapat menjejakkan kaki ke sana. Untuk semua... Maaf atas segala kekurangan, sungguh diri ini hanyalah umpama sebutir pasir di hadapan Tuhan... Penuh kekurangan, banyak kealpaan.. Maafkanlah... :') -
Tuhan...
Berikanku peluang..
Agar dapatku bersujud..
Di bumi Al-Aqsa..
Meski hanya sedetik cuma...
Anda tercari-cari produk yang berpatutan dan murah?
Anda sukakan produk yang asli dari bumi?
Anda tahu apa itu biosea?
Sempena pembukaan perniagaan kami- Khalifah Store ada TAWARAN ISTIMEWA untuk anda :
Dead Sea Mud Mask (for Face, Body and Hair) 500g e 17.5 fl.oz
Dead Sea Bio Sea Mud mask is created just for you with carefully considered herbs and natural skin-friendly, skin-soothing, oils. This all natural mineral saturated mask will assist to detoxify, exfoliate, stimulate circulation and soften all types of skin and hair – Purifying oily skin and Nourishing dry skin – from within! Ideal for face, body, hair and scalp.
HARGA : RM 35/unit
La Cure Mineral Bath Salt (250g)
La cure is a natural beauty treatment, extracted with minerals extracted directly from the Dead Sea, which is located at the lowest point on Earth (400m below sea level), and which is known as one of the world’s richest sources of salts and minerals (more than 35 types).
Relaxing in its magnificent water is a superb way to soothe and comfort your body.
HARGA: RM 15/unit
Natural Cleansing Mud Soap (Cleanses, Purifies and Conditions) – 90g
Natural Cleansing Mud Soap purify your skin by removing excess oils and impurities. The natural Dead Sea Mud fortifies the skin with Essential Minerals and decreases the appearance of blemishes. Use daily for silky smooth skin.
HARGA : RM25/unit
Harga tidak termasuk kos pos. Namun.... kerana anda begitu berharga, kami tawarkan flat rate price untuk pos. RM6, tidak kira berapa banyak barang yang anda order...
Sebarang pertanyaan bolehlah di email kepada : khalifahstore@yahoo.com
Prosedur tempahan :
1) Baca Bismillah :)
2) Kenal pasti barang yang hendak ditempah, e-mailkan kepada kami. Kami akan balas insyaAllah dalam tempoh 24 Jam.
3) Kami beri bil.
4) Anda bayar.
5) Kami pos, dan beri anda tracking number.
6) Tunggu barang di hadapan pintu rumah anda ;))
Untuk pembayaran, tuliskan :
Nama:
Alamat : (untuk pos)
No telefon :
- Order (eg: Natural Cleansing Mud Soap-1 unit, La Cure Mineral Bath Salt -2 unit)
- Jumlah Pembayaran (eg: RM70.00)
- Tarikh pembayaran(eg: 2/4/2012)
- Cara Pembayaran(eg: MBB cash deposit, MBB Online Funds Transfer, CIMB)
- Nombor Referen (jika ada)
Pembayaran hendaklah dimasukkan ke bank rakan niaga saya :
Bank Name : Maybank Berhad
Account Name : NIK MOHAMAD FAIZ BIN NIK AZLAN
Account Number : 153104163962
Adam akur, duduk di ribaan. Pantas, tangan saya menaip
Perang Badar.
Dan..keluarlah video perang badar. Adam seronok sungguh tengok kuda perang-perang. Saya pun terfikir satu video yang menarik.
"Adam nak tengok lawan-lawan? Tapi tak ada kuda."
"Nakkk"
Fuh,selamat.
Saya pun buka video ini :
Dan berlaku satu perbualan.
Adam : Kak wawa, sedap lagu dia.
Saya : Ye ke?
Adam : A ah.
Adam turun dari ribaan dan berdiri di sebelah.
Adam : Kak wawa, kenapa dia tembak-tembak api?
Saya : Oh.. dia nak lawan orang jahat. Yang gemuk tu yang jahat, yang naik kapal cantik orang jahat.. tengok tu dia pakai baju berat-berat dah tak boleh berenang.. orang baik pandai kan? Nanti Adam belajar swimming dengan tembak-tembak panah eh?
Adam : A ah... Adam dah belajar swimming.
Adam khusyuk melihat video..
Adam : Cepat cepat cepat!
Adam menepuk-nepuk tangan sewaktu kedua-dua pihak sedang bertarung
Ketika pihak musuh Islam sudah tewas dan tenggelam... Adam menjerit kesukaan.
"YEAYY YEAYY... ORANG BAIK MENANG. YEAYY!" Tangannya ditepuk-tepuk lagi sambil melompat-lompat.
Saya buka lagi satu video :
Pom! Pom!
Satu sekolah di bom. Pastinya di Palestin.
Bulat mata Adam melihatnya.
Adam : Kak wawa, kenapa dia bom sekolah budak tu?
Saya : yang bom tu orang jahat... kesian kan budak tu, kat sekolah Adam ada tak kena bom?
Adam : Tak ada, cuma ada cikgu marah je. (Oh jujur sungguh!)
Saya : Ha..tengok sekolah kena bom pun budak tu nak juga pergi sekolah.
Adam melihat lagi..
Tiba-tiba ..
Adam : Kak wawa, nanti Adam nak belajar tembak-tembak, Adam nak lawan orang jahat. Kak wawa ikut eh?
Saya : Okay.
Adam : Nanti Adam nak naik kereta kebal.
Saya mendiamkan... Tatkala video menunjukkan budak perempuan itu menggenggam seketul batu..
Adam : Kak wawa, kenapa dia ambik satu batu je?
Aaaa. Adam adam, kenapa suka bagi soalan cepu emas?
Saya : Sebab dia jumpa satu batu je -.-"
Dan tatkala kereta kebal itu berundur...
"HA HA. ORANG JAHAT TAKUT"
"A ah, orang baik berani kan?"
Adam mengangguk.
***
Tatkala itu, saya teringat pada satu pesan Rasulullah :
Anak-anak adalah ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, majusi atau nasrani
Waktu melihat video, Adam kelihatan amat marah pada orang jahat yang ada...dan hakikatnya itu adalah fitrah. Ketika kita kecil dahulu, hati yang bersih itu amat benci pada kejahatan...
Jadi,ibu bapa, kakak-kakak, abang-abang, semuanya... jadilah kreatif dalam mengekalkan fitrah yang bersih itu..
Jangan ajar anak kecil itu nyanyian,tarian yang melalaikan... Ajarlah dia mengenal Tuhan. Jangan ajar anak kecil itu takutkan hantu yang bukan-bukan... Ajarlah dia takutkan Tuhan. Jangan ajar anak kecil itu mengidolakan duniawi... Ajarlah dia meminati ukhrawi...
Kerana anak kecil itu adalah aset buatmu ke syurga....
Didiklah dengan penuh hikmah, agar kelak dia membesar menjadi seorang yang berhikmah :)
Didiklah anak agar menjadi Muslim dalam erti kata yang sebenar.
Macam mana didik anak dalam Islam? Dari umur sekian ke sekian didik bagaimana? Ha.. siapa tahu? siapa nak tahu, sila beritahu saya... rasanya dah panjang post ni.. :)
Assalamualaikum...
Artikel dalam blog ana adalah HALAL untuk di copy paste, harapan ana agar disertakan sekali laman blog ana sebagai rujukan agar insan lain jua mendapat manfaat.. insyaAllah
حي على الصلاة
Klik-Klik.. :)
Beli Online
Pesanan
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)
I want to die with my forehead on the ground, The sunnah in my heart, Allah on my mind, Quran on my tongue, And tears in my eyes... Amin...
im a simple ordinary girl who doesn't has anything special that everybody's seeking for.. but somehow, i have this tiny little heart to luv Allah, Rasulullah, my family and of course, to luv all creations... with smile, to u, i say,welcome..!~